Sunday, February 13, 2011

Saya ni tak lawa ke?

Kekadang saya rasa betul-betul macam nak nangis. Bukan sebab saya nak attention. Tapi sebab orang disekeliling saya macam extra something dan saya rasa macam nothing. :/ Tak tau lah kalau awak perasan tapi macam-macam saya rasa ni.

Bila kaki saya langkah masuk poly je, saya dah tahu, mesti ada ramai orang yang lebih creative, lebih outspoken dan lebih segala-galanya dari saya. Kekadang, (okay, understatement) saya rasa macam kecil sekali. Macam baby semut. Kalau semut tu dah kecil, awak imagine baby semut. Macam tu lah saya rasa. Kekadang, saya pun rasa macam flower on the wallpaper. Yelah, mestilah flower. Saya ni kan cantik manis dan cute! (masuk bakul angkat sendiri sebab takde orang nak angkatkan)

Anyway, walaupun saya dah masuk poly with an open mind, saya tetap tak boleh terima the actual fact. Mungkin sebab banyak sengat requirements untuk menjadi seorang pelajar tercontoh, mithali dan fevret guru lah kan. Lagi-lagi bila course saya ni bukannya thoery based aja. Tapi memerlukan creative juices yang sungguh banyak sekali dimana, walaupun saya try perah guna kekuatan kuda pun tak kering lagi. Dashyat kan coursemates saya ni?! Dan lagi satu ni, saya paling tak tahan duduk dalam kelas yang cuma ada white walls selama setengah hari. Saya tak sanggup. Dan kerana classmates sem 1 saya lebih awesome pawesome dari class sem 2 saya, saya rasa lebih longlai untuk meneruskan hidup di poly. ):

Dan itulah sebabnya saya banyak skip lessons. Makanya, mungkin ini akan menjadi pertama kali dalam kehidupan Nurnabilah bahawa dia mungkin tidak dibenarkan mengambil test. Sebab tu darah saya turun naik macam air pancut. Seram tau fikirkan future saya. Tapi apakan daya, susu dah jadi cheese. Mana boleh turn back time. Kalau hidup ni macam science experiment takpa. Dari ice boleh jadi air lepas tu jadi ice balik. ): Saya redha. Mungkin ini tuhan nak ajar saya untuk lebih bersabar dan belajar bersusah-susha dulu. Dan usaha lebih dari secukupnya.

Saya ada lagi 2 tahun untuk graduate. Lebih baik saya buat kerja yang berfaedah dan bukan tak tentu arah, kan? Semoga saya boleh buat semua ni. Amin amin amin! <3>

1 comment: